09 January 2007

Kenapa Perlu Cemerlang ?

Kita dilahirkan untuk menjadi seorang yang hebat. Islam mengharuskan Muslim menjadi seorang yang terhormat dikalangan komuniti. Ini menunjukkan kita perlu menguasai kepelbagaian ilmu untuk merealisasikan impian yang tertanam lama dalam hati. Kekuatan dan kehebatan seorang manusia terletak pada ilmunya .Wara' dan alimnya seorang Muslim bukan hanya terletak pada ibadahnya yang dikerjakan bahkan ilmu yang dimilikinya adalah harta yang paling berharga bagi Muslim sejati.

Pelbagai medium atau sumber ilmu pengetahuan boleh kita dapati hari ini. Semuanya terpulang kepada individu masing-masing dalam memperolehi ilmu sehinggalah mengaplikasi ilmu tersebut. Adakah seorang jurutera hanya dengan ilmu kejuruteraannya? tidak mustahil seorang jurutera boleh menguasai bidang pengurusan atau animasi grafik. Kepelbagai bidang ilmu mewujudkan keintelektual yang lebih dari tahap biasa pada diri seseorang manusia. Ini meningkatkan kredibiliti invidu tersebut ke tahap yang boleh dibanggakan dan menyebarkan agen motivasi kepada individu lain.


Salam.....

1 comment:

ida elliana said...

ilmu memang penting..
ilmu adalah tunggak kehidupan kita seharian.Tetapi perlu disertai dengan amal ibadah kepada Allah S.W.T. kerana ilmu yang kita perolehi perlulah diberkati oleh-Nya.Tidak lupa juga usaha.Untuk mendapatkan ilmu kita perlulah berusaha..betul tak?
tanpa ibadah,usaha dan ilmu.. kita pasti takkan menemui kejayaan..
formulanya..
Ibadah + Usaha + Ilmu = Kejayaan^_^