17 January 2007

Jalan Pantas untuk Berjaya

Kenapa tajuk di atas boleh timbul?Ini kerana manusia semakin ramai dah kecapi kejayaan dari kegagalan yang dihadapi sebelum ini. Kegagalan yang dihadapi membuatkan manusia berdiri teguh pada prinsip untuk berjaya. Walaupun kita tahu kejayaan bukan datang dengan mudah tetapi kita boleh mencapai kecemerlangan dengan jalan pantas.

Bagaimana? Caranya adalah gagal banyak kali. Dari kegagalan tersebut kita pasti dapat inspirasi mencari penyelesaian yang terbaik dalam mendaki puncak kejayaan. Contohnya, anda tahu bagaimana Post-it iaitu syarikat yang mencipta nota pelekat warna kuning dapat idea? Sebenarnya syarikat tersebut telah gagal dalam persaingannya menghasilkan gam terbaik di dunia. Dengan gagal beberapa kali, akhirnya mereka menggunakan gam itu untuk nota itu. Berfikir di luar kotak kan?

Fikirkan dan tajamkan minda anda dengan ransangan persekitaran anda !

1 comment:

ida elliana said...

memang betul..selalunya segala kejayaan datang dr kegagalan..
orang kata,gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya..
jadi kita perlu berfikiran terbuka dan menerima apa yang telah berlaku dalam hidup kita dgn tabah juga rasa kesyukuran..
sesungguhnya..apa yang berlaku adalah takdir dari-Nya..
Tapi tak bermakna kita hanya perlu..berserah sahaja, perlu juga di sertai dengan usaha yang setimpal...
oleh itu segala impian akan tercapai..^_^